I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 6, 2010

bace.....baik punyer!

April 6 at 8:18pm
Bacala kisah ini...... semoga memberi keinsafan pada kita....


Assalamualaikum
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke
Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh.
Kebiasaannya ia berangkat Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui
sebuah pekuburan. Di situ Salih Duduk sekejap sambil membaca apa-apa
yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu
subuh masih lama lagi.

Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar
beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam
kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.
Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta
tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain.
Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa
beberapa talam yang ditutup dengan saputangan.
Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu,
tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya.


Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat
apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk
semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.


"Wahai hamba Allah !
Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.


"Wahai
Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh
malaikat sebentar tadi?"tanya pemuda itu.
"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?"
tanya Al Mazy lagi.


Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-
orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri
dari pahala sedekah,bacaan, ayat-ayat suci Al Quran dan doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat.Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan
telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah
untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia
bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita
keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.
Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi
mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari
beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal
mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :
"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku,
dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis
penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu
bangun meninggalkan wanitatersebut. Tatkala dia cubauntuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku,cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."


Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin
sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang
tinggal.Dilakukanny a semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi
kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat
ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa
ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi
melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2.Si pemuda yang
dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan
memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat
gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata :
"Wahai tuan Salih,
aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. ""Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu."
"Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat
pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan
merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah
disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).






"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia
telah mendapat kemenangan yang Besar."

No comments:

Post a Comment