I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 28, 2010

Happy Birthday,Rasulullah!

bersyukurlah kita kerana dilahirkan fitrah sebagai seorang muslim yang menganut agama yang suci dan indah lagi kamel ini.diutuskan seorang rasul yang ma'sum lagi Al-amin,membimbing umat ke jalan yang benar hingga ke nafas yang terakhir.seorang nabi yang penyayang akan umatnya sehinggakan sebelum nafasnya yang terakhir baginda sempat menyebut ummati..ummati..ummati..
Lihatlah betapa kasih dan sayangnya seorang rasul terhadap umatnya.KITA??

-sepintas lalu tentang Rasulullah-
Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal pada 570 masihi di makkah.Baginda telah berkahwin dengan siti khadijah ketika usianya 25 tahun.Mendapat wahyu pertama di gua Hira' ketika umurnya 40 tahun.Dalam tempoh 23 tahun,baginda SAW berusaha menyebarkan islam ke seluruh umatnya(10 tahun-makkah dan 13 tahun-madinah) Baginda SAW wafat ketika usianya 63 tahun.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang membesarkan hari kelahirkanku nescaya aku akan memjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah".
Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a berkata:"barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga".
Sayidina Umar r.a berkata: "barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW maka sesungguhnya ia menghidupkan agama islam".
Sayidina Usman r.a berkata:"barangsiapa mengeluarkan satu dirham untuk membaca Maulid Rasulullah SAW seolah-olah ia mati syahid di dalam peperangan Badar dan Hunain.
Sayidina Ali r.a pula berkata:"barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW ia tidak akan daripada dunia melainkan keadaannya di dalam iman". Subhanallah!!
Adakah sepanjang kehidupan kita ini kita telah mengamalkan apa yang telah dituntut oleh SYARIAT dan SUNNAH?tepuk dada tanya iman.
"ya ayyuhannafsul mutmainnah irji'ei ila robbiki rodhiyatan mardhiyah fadkhuli 'ibadi wadkhuli jannati".
Semoga kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang suka berbuat kebajikan dan memuliakan Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment